Showing posts with label family and friends. Show all posts
Showing posts with label family and friends. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

20112011

An awesome number, of course an awesome day and I spent it with an awesome group of people. Alhamdullilah..

Happy birthday to me :)

from,
yours truly

Thursday, November 3, 2011

Oooo balik kampung…

Hati dah meronta2 tak tertahan, kalau boleh malam tu jugak encik suami nak start enjin and drive balik tapi tak sesuai lah dengan anak kecik nak travel memalam. Dah tu, kawasan yg nak lalu tu banyak kawasan kampung dan hutan rimba, kalau highway tu okay lah lagi sbb ada peronda, ada byk R&R semua…tak lah t-a-k-u-t….huhu..

Kesudahannya, pagi, lepas makan nasi dagang ulik mayang baru lah kitaorang bertolak…Dari pengamatan aku, orang Pantai Timur nie mmg suka balik kg, x kisah lah cuti sehari dua hari ker dan selalunya akan berlaku lah traffic jammed yang menyebabkan hah amik ko! 12 jam perjalanan! Makan tidur makan tidur x sampai2 nyer lagi… aku dkt belakang dah siap bergusti dengan budak kenit tu… yer lah, dia pun penat asyik dlm kereta jer nak melasak tak boleh… aku pun tension, bila nak sampai nie??!! Nak balik naik flight boleh tapi nanti sampai sana patah kaki lah plak… x der transport…

Penyejuk hati nyer bila tengok Mek, yer aku panggil mother-in-law aku Mek dia senyum simpul depan rumah bila kitaorang sampai. Muka encik suami of course lah gumbira… actually sampai jer sempadan negeri tu dia dah tersengih macam kerang busuk dah… hehe

Hari raya Aidiladha or raya haji (musim haji kan) memang lagi meriah dekat Kelantan nie and kebetulan pulak Mek ada amik bahagian (aqiqahkan utk si kenit). Malam nyer ada jemput orang masjid untuk makan-makan…Aku cuti 2 hari, sajer jer malas nak berjemaah atas kereta dengan orang yang nak balik KL balik tapi yg penting encik suami happy dpt balik kg jumpa family, org kg, ayam, itik, angsa, lembu dll.

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua muslimin dan muslimah.


Nota kaki; korang makan ker perut lembu? Aku tidak......sanggup....huhu...

Wednesday, November 2, 2011

apa nie?



Sebelum nie tak lah ketara sangat, tapi makin lama makin byk and makin merah, dekat bahagian leher sahaja. Sebelum nie naik allergic satu badan, bengkak bengkil tapi tak pasti apa punca nya...3-4 hari jugak lah untuk tunggu hilang...Jadi memula ingatkan dia allergic jugak...suspect allergic dgn bib plastik nie so terus tak pakai dah...tapi masih ada lagi tak hilang pun...Letak cream, letak lotion ada kurang skit tapi.....masih ada...

Nasib baik lah benda tu tak gatal so tak der kes tergaru-garu nie.. .. tapi kesian dia... bila naik merah, nampak teruk sangat...

Atau pemakanan, tapi tak der benda yg berbeza pun suap dkt dia... seblm nie okay cuma baru nie jer..
Next suspect, gel mandian dia....mungkin kulit dia ikut mak dia nie.. sensitive….tapi kalau gel mandian,mesti satu badan yg naik kan? Normal case ker nie?

Saturday, October 29, 2011

Diam bukan tanda suka...

Lepas Subuh aku dah terpacak dekat hospital untuk menemankan mak...Raut muka mak jelas nampak kesedihan dan kepenatannya... Pening? Loya? Sakit? Aku bertanya, tapi mak diam membisu dan merenung jauh...

Aku capai minyak panas dan aku urut-urutkan kakinya, mesti mak lenguh sebab hanya terbaring...pergerakkan mak terbatas disebabkan kesan stroke dahulu...kepala mak aku sapu minyak cap kapak... Ada 1 jam jer lagi mak, lepas nie dah boleh rehat...aku cuba memujuk.. mak masih diam...aku pun diam... Kami sama – sama diam...

Mungkin mak masih trauma, yer lah dah 2 kali darah memancut-mancut keluar dan dijahit hidup-hidup tanpa pelali... Ya Allah Ya Rabb, kau kurangkan lah kesakitan ibunda ku ini.. Amin...


Wednesday, October 26, 2011

Teringat maruku...

Hari nie cuti raya jadi hajat hati nak bangun lambat, tapi dikejutkan dengan bunyi kuat...Ada orang tengah berkemas rupanya…Basah kuyup! dia tumpahkan air dalam botol dan kemudian menyusun barang2 mummy dia… adoiyai!!

To all Hindus friends, “Happy Diwali”!!


Nota kaki, terus teringatkan Bamini… tgh makan maruku kah dia?

Friday, October 21, 2011

random

When you start something that you like or love to do, you can’t stop. Yes? Now, whatever and whenever I see something that interesting or worth telling, I start to update my blog. Most of the times, I like a pictures to be inserted together with a post. Why? In my point of view, photos worth a thousand times more than words.

So while looking thru some random pictures i snap using BB, I just realized it consist of a full album of my son, my family, clothes, recipes (yes, too lazy to copy it down), food, my vege garden… and the picture quality is better than my Fuji Finepix camera...interesting is, after that i felt so happy... yes, looking at pictures makes me happy because it capture that moment right there and then...

yes, go ahead..snap and view...

Thursday, October 13, 2011

saya sayang dia...

Dia tak byk ckp dan kalau sakit pun dia lebih suka bertahan. Dia itu Mak...Ibu...Ummi...Mummy...Mother...My mak is a rockstar!! Dia hanyalah satu..tak der ayat yg dapat gambarkan byk mana saya sayang dia...

Skrang nie dia sakit dan saya doakan semoga dia cepat sembuh...Amin...

Nota kaki; cutilah dan abiskan masa bersama mak...

Wednesday, October 5, 2011

Kawan meroyan!

Saya nie jenis tak ramai kawan….betul….kot x caya pi kira berapa org dlm friendlist saya dlm FB…tak ramai pun (motif korang betul2 check nie??)… kawan yg betul2 baik ala BFF lagi lah tak ramai….tapi yg pasti dekat office saya ada kawan utk meroyan… yer kawan utk sama2 lepaskan perasan kalau tak, boleh jadi gila…

Kawan meroyan yg bukak kaunter mendengar masalah atau luahan hati tanpa mengenakan bayaran… kawan yg lepas tu sesame nangis sambil berkata, kita harus gigih… dan kemudian sambung kerja mcm biasa… Tapi skrang nie makin lama kawan meroyan saya makin kurang… sbb nyer diorg dah berhijrah   jgn nanti saya meroyan sorang2 sudah… ker??

Nota kaki "ala2 footnote lah nie"...musuh jgn carik tapi kawan biar ramai…